Yang Mana Dulu: Pelaburan atau Perlindungan?

Dalam episod ini saya nak kupas satu isu yang memang dari dulu dah jadi tapi tak ramai orang kupas. Isunya ialah Bumiputera kita ni yang underinsured. Semua blog kewangan kalau kita tengok dia cerita bukan main lagi pasal buat duit online, pasal unit trust la forex la hape la.

Bagi saya memang bagus sebab kita melayu ni memang kurang sikit pencapaian kita dalam bab berniaga dan buat duit ni. Tapi lagi satu yang malangnya ialah berita-berita yang kita dengar pasal ahli perniagaan Melayu kita yang baru nak maju sikit dalam perniagaan, lepas tu dengar kedai dia terbakar la, kemalangan la, dan macam-macam lagi yang menyebabkan dia tak dapat lagi nak meneruskan perniagaan dia tu.

Macam baru ni kita dengar kes kebakaran kedai baju bundle kat Uptown Shah Alam. Saya kenal sorang owner tu dia rugi dekat RM100,000. Soalan first saya tanya: “Kau ada insurans tak?” Dia pun dengan tersengih-sengih jawab, “Mana ada bro.”

Jawapan dia ni seolah-olah perkara pelik kalau kita berniaga ni ambil insurans. Bagi saya ini dah terbalik. Kalau kita penat lelah berniaga, korbankan masa dan wang ringgit kita, untuk kerjakan sesuatu yang belum tentu untung rugi pulangannya, bukankah lebih bijak kalau kita minimumkan risiko yang kita tanggung?

Sememangnya berniaga ni kita ambil risiko. Ada yang dah habis beratus ribu ringgit tapi nak nampak pulangan tu jauh lagi. Itu belum kira kos dari segi masa. Kalau kita spend 5 tahun nak kembangkan bisnes lepas tu tak jadi, itu kan dah 5 tahun hidup kita yang takkan dapat balik?

So bayangkan kalau semua tu hangus dalam kebakaran, atau terpaksa jual semua dan tanggung rugi sebab kita dah tak mampu jalankan sebab kemalangan/sakit/etc.

Kan rugi macam tu?

Benda ni kita takkan dengar dari bangsa lain. Bukan nak kata kedai mereka tak pernah terbakar. Ada jugak tapi jarang. Benda tu pun diorg sanggup spend duit untuk pastikan safety dia. Ada jugak yang kena penyakit kritikal, lumpuh akibat kemalangan, tapi bila tengok kes diorang, mesti ada coverage yang depa dah prepare. Itu yang takde kat kita ni, yang say confuse sebab apa. Benda ni common sense.

So saya nak nasihatkan kawan-kawan kat luar tu, biar yang makan gaji mahupun berniaga, sebelum kita buat savings, investment, atau bisnes apa-apa, lebih baik dapatkan perlindungan yang secukupnya dulu. Tak guna kita ada savings beratus-ratus ribu kalau semuanya kita serahkan kat hospital jugak sebab terkena penyakit.

Saya sendiri ada ambil pelan takaful daripada Prudential BSN Takaful, saya cadangkan http://diyanatajularus.com sebagai ejen takaful yang professional, dan website dia pun penuh dengan artikel yang mengupas fungsi takaful ni dalam kewangan kita dan macam mana nak gunakannya untuk lebih maju dalam kewangan.

Bangsa kita ni memang mudah lupa. Bila dah terhantuk baru nak terngadah, sedangkan nasi sudah menjadi bubur.

Saya juga nak ucapkan ribuan terima kasih dan tabik hormat kepada semua ejen takaful Bumiputera yang berjuang untuk memberikan kesedaran kepada anak bangsa supaya beringat sebelum kena.

Semoga Allah memberkati dan memudahkan jalan kemenangan anda semua.

 

Tujuan Muktamad Dalam Perniagaan

Apa Tujuan Muktamad Anda?

Atau dalam bahasa inggerisnya What is your End Game?

Bila tanya ramai yang kata dia nak buat duit. Tak salah jawapan tu. Tapi macam-macam cara kita nak buat duit. Bibik indon jual pisang goreng kat tepi jalan pun boleh buat duit. Tapi apa Tujuan Muktamad mereka? Mereka nak hantar duit ke negara asal untuk tolong keluarga. Lepas tu? Apa END GAME anda?

Jom kita ambil contoh bibik jual pisang goreng tepi jalan ni. Nampak lekeh tapi jangan terkejut kalau income dia boleh dapat macam gaji engineer. Nak kejar gaji engineer ni bukan susah mana. Dia dapat untung RM200 sehari pun sebulan dah RM400, assuming sabtu ahad dia cuti. Tapi biasanya bibik ni dia tak berapa kisah pasal aset. Bila permit dia habis dia akan bungkus bisnes dia dan dia pun balik indon.

Macam Mana Nak Buat Bisnes Pisang Goreng Yang Masyuk

So katakan bibik ni dah ada satu kedai RM4000 sebulan jual pisang goreng tepi jalan. Macam mana dia nak jadikan aset dia tu lebih berharga? Ada beberapa step untuk bagi aset dia ni jadi lebih masyuk.

Step 1: Automation

Kalau bibik ni boleh hasilkan sistem yang komprehensif untuk memudahkan operasi bisnes dia, maka sangat mudah untuk dia dapatkan harga yang lebih tinggi kalau dia nak jual bisnes gorpis dia tu. Contohnya resipi tepung yang dah formulate siap-siap orang tinggal nak bancuh air je. Setup kedai yang standardized supaya semua orang boleh ikut dan boleh setup dalam 30minit je.

Pendek kata jadikan bisnes dia ni franchisable.

Step 2: Test

Walaupun dah buat steps untuk automation, kita tak boleh syok sendiri cakap produk kita dah siap. Kita kena test market, biar feedback dari market yang menentukan benda ni ok ke tak. Bibik kena test dulu buat cawangan kat tempat lain tengok boleh jalan tak. Kalau sampai tahap cawangan dia boleh jalan sendiri dan dia hanya perlu monitor 4 jam semminggu, maksudnya sistem dia dah franchisable.

Step 3: Scale

Scale di sini bermaksud jadikan lebih besar. Ini memang susah nak buat kalau bibik ni kena buat semua benda sendiri. Tapi kalau dah banyak proses yang automated, lagi senang nak buat step ni. Bila dah tau yang sistem kita ni dah tegap dan orang memang boleh jalan sendiri kalau dia ikut, tunggu apa lagi? Cepat-cepat la market sistem kita ni besar-besaran.

Kebanyakan peniaga bumiputera kita ni terbalik. Minta duit dulu, fikirkan sistem perniagaan kemudian. Sebab tu ramai yang gagal. Sudahnya dapat duit, beli kereta baru, rumah baru, bini baru. Tak boleh macam tu. OPM atau Other People’s Money ni digunakan untuk scalekan benda yang memang dah profitable, bukan kalau baru nak cari idea.

Kesimpulan

Bawa balik dari artikel ini: fokuskan masa dan tenaga kita untuk hasilkan sesuatu yang:

  1. Profitable
  2. Scalable

Kalau dia profitable tak semestinya dia scalable. Kalau dia scalable pun tak tentu dia profitable. Saya akan bincangkan konsep Profitable dan Scalable dalam post yang lain nanti. Sekian dulu dari saya, dan SELAMAT MAJU JAYA.

Pembahagian Aset Yang Sedia Ada

Untuk post saya yang pertama, saya nak jelaskan sikit tentang pembahagian aset kita yang sedia ada untuk membangunkan lagi portfolio kewangan kita dan seterusnya menjadikan kita kaya raya dan achieve financial freedom.

Bukan senang nak buat tu, tapi tak lah complicated sangat jugak yang sebenarnya.

Untuk orang normal yang bekerja, satu-satunya aset yang kita ada ialah kerja kita. Ramai yang tak bersetuju dengan definisi saya ni tapi tak mengapa sebab kalau ikut official definition of asset, memang dah salah.

Tapi untuk 90% orang yang nak bina aset ni, kerja kita makan gaji tu adalah satu-satunya sumber income kita. Bila kita tengok pulak makan gaji ni sebenarnya kita trading. Trade kita punya skill dan masa kita untuk dapat duit.

Masa kita ini adalah aset kita yang paling tak ternilai dan maha berharga, jadi bila satu-satunya cara kita nak buat duit ialah dengan tradeoff masa kita, maka saya tetap dengan pendirian saya bahawa kerja itu juga aset. Atau boleh dikatakan aset sementara. Seboleh-bolehnya kita tak mahu ikat masa kita dengan income kita, dan itulah yang akan dibincangkan dalam post ni.

Untuk orang yang makan gaji, nasihat pertama saya ialah buat bisnes sendiri. Memang nampak obvious, tapi sebenarnya tak obvious sangat. Jom kita korek dalam sikit isu ni:

Semua aset yang ada adalah terikat dengan bisnes

Tiada satu aset pun dalam dunia ini yang tak terikat dengan bisnes. Kita ambil contoh orang makan gaji. Dia pergi kerja hari-hari untuk apa? Untuk siapkan company punya order. Setiap company ada produk dan ada client yang beli produk. So bila owner company dah dapat banyak order dia pun cari la fresh grad dan offer Rm4000 sebulan.

Dengan gaji tu si pekerja ni beli rumah dan kereta, pinjam loan bank. Duit dia bayar bulan-bulan tu bank ambik untung dari interest. Bila syarikat berkembang, dan order pun makin banyak, owner pun mintak lagi loan dari bank untuk mengembangkan syarikat, dan bank pun ambil profit dari situ pulak, bagi pinjam kat orang lain yang nak beli rumah/buat bisnes/etc. Duit tu pusing-pusing kat situ jugak.

Kalau kita invest dalam saham pun, kita invest dalam bisnes orang lain. Kalau unit trust tu sama la macam saham, cuma dia invest ramai-ramai so tak mahal sangat. Kalau main forex, kita melibatkan diri dalam international market. Tapi still bisnes jugak. So kalau dah macam tu, baik start buat bisnes sendiri je kan?

Mulakan dengan perlindungan

Banyak kes orang bisnes yang dapat durian runtuh, benda petama dia beli ialah kereta baru, rumah baru, ada jugak yang kawen lain. Takpe la semua tu, tapi disebabkan End Game dia tak tentu arah, bisnes tu pun jatuh. Baru nak melatah. Sepatutnya cash tu letak kat tempat yang boleh dia membiak sendiri, macam ASB, Unit Trust, Etc.

Yang lagi malang kalau jatuh sakit atau kemalangan. Penat-penat cari duit, last-last bagi semua kat hospital. So kena beringat, dapatkan perlindungan insurans yang cukup dulu, pastu nak joli, joli lah.

Utamakan Ekuiti

Ekuiti ni ialah ownership kita dalam syarikat tu. Untuk orang makan gaji satu-satunya ekuiti kita ialah rumah kita. Yang itulah dok harap dia naik harga, untung-untung masa depan dapatlah jual dan profti dari situ. Ada yang rumah dah harga sejuta tapi memang tak dapat jual rumah sebab tak ada rumah lain. Memang kalau hidup makan gaji ni kita tak ada aset lain. Kalau tak sanggup jual rumah tu dan downgrade ke rumah kecik sikit memang susah la hidup bersara.

Contoh kita nak manfaatkan ekuiti rumah: Buat refinancing loan. Refinance tu maknanya kita cakap kat bank, “Bro, aku tanak tunggu 20 tahun nak jual rumah ni. Aku jual ekuiti aku kat ko hari ni, aku bayar balik bulan-bulan dengan interest. So kita boleh amik cash dari rumah kita, dan masukkan dalam ASB, Unit Trust, dan sebagainya.

Ini cara yang lagi cepat tapi mahal sebab loan ni bayar lagi lama lagi kenyang pihak bank. Tapi masa muda kita kena amik cara yang paling cepat sebab kita ada masa. Kalau dah tua nak tak nak kena tunggu la. Macam mana nak bayar kat bank bulan-bulan, sedangkan kerja pun tinggal 5-6 tahun?

Lagi satu ekuiti yang senang untuk bumiputera ialah ASB. Ini tak rugi amik. Tapi ASB tu sendiri bukan ekuiti, tapi cash yang dapat dari dividend tu boleh digunakan untuk membeli ekuiti.

Cara yang orang selalu buat ialah main saham. Malangnya ramai yang main saham ni main-main. Main tembak je. Saham ni sebenarnya kita beli ekuiti. Cuba kalau kita nak start company macam Petronas tu. Senang tak? Memang susah. Tapi kalau kita beli saham Petronas, kita pun dah ada share dalam company tu, walaupun sikit.

Ada company sekarang yang offer ekuiti sebagai reward untuk pekerja mereka instead of bonus. Kalau saya, memang saya ambik. Tapi syaratnya kena bonded pulak la dengan company tu. Tu yang leceh. Tapi at least kita kerja tu untuk company kita jugak, sebab kita ni dah kira owner kalau kita dapat saham syarikat.

Itu saja la dulu. Dalam posting lepas ni saya akan bagitau cara shortcut untuk kita bina ekuiti dengan contoh bibik jual pisang goreng.