LAMAN UTAMA


PENGUMUMAN 1
Kepada peserta yang telah menghadiri taklimat KPP,
sila ke Pusat Ujian Berkomputer MyEG/mySPEED/Rileks KOMMS yang berdekatan untuk tempahan ujian komputer anda.


Pusat Ujian Berkomputer MyEG/mySPEED/Rileks KOMMS:

PENGUMUMAN 2
PESERTA YANG GAGAL DIHUBUNGI DAN DATA TIDAK LENGKAP

Kepada peserta yang tersenarai (Klik untuk semak), Penyertaan anda tidak dapat diproses kerana kami gagal menghubungi anda.

Sila hubungi pihak MyEG dengan seberapa segera melalui

Talian 03 7801 8888

atau

Emailkan butiran anda seperti Nama, IC dan No Telefon beserta
Subjek Email:TIDAK DAPAT DIHUBUNGI Ke info@bl1m.my . Harap maklum.


   
Kata-kata aluan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Kami   mengalu-alukan anda semua ke portal BL1M yang disediakan khusus sebagai platform permohonan serta gerbang informasi maya tentang produk ini.

Bermatlamatkan untuk membantu golongan muda memiliki lesen motosikal yang sah disamping memupuk kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina budaya serta etika pemanduan berhemah, produk BL1M adalah bukti pendekatan politik khidmat bakti Pemuda BN melalui SHEB (Sekretariat Hal Ehwal Bandar)  di dalam menyelami dan menyelesaikan permasalahan anak-anak muda. Ini adalah suatu produk yang relevan dengan keperluan anak muda dan masyarakat memandangkan lebih 200,000 penunggang motorsikal tidak mempunyai lesen manakan 70 peratus kes kemalangan pula melibatkan kenderaan motorsikal
Disamping itu, peserta program BL1M ini juga akan menikmati penjimatan tunai melalui diskaun hampir 50 peratus berbanding kadar purata yuran lesen B2 di pasaran yang dianggarkan sekitar RM380.

Inilah manifestasi janji ditepati dari Pemuda UMNO dan BN yang bertunjangkan isu dan tindakan berupa penyelesaian hakiki buat anak muda dan tidak beralaskan retorik serta janji.
Yang pasti, pihak kami akan terus berusaha bagi menawarkan pendekatan inovatif dan mesra anak muda untuk kesejahteraan semua.

Akhir kata - ayuh, kepada yang berminat dan masih lagi belum memiliki lesen motosikal silalah rebut peluang keemasan ini.



Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
Pengerusi Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M)

Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA
PENGERUSI SEKRETARIAT HAL EHWAL BANDAR (SHEB)
 
 
Like BL1M !!

HAKCIPTA 2013 © Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB)
Sistem Dan Aplikasi Hak Cipta SHEB Malaysia Sdn Bhd